Wednesday, November 25, 2009

Siapakah Kita,Dari mana kita datang dan kemana kita akan dikembalikan????


Persoalan ini selalu bermain di benak fikiran kita,siapakah diri kita sebenarnya,dari mana kita datang dan kemana kita akan dkembalikan.Mari kita cuba selidiki, teliti dan cuba memahami dari lubuk hati dan sanubari kita..Jawapan bagi persoalan ini bukanlah mudah untuk dikupas tetapi ianya memerlukan satu pengorbanan untuk kita betul2 merasakan kehidupan kita kedunia ini merupakan satu anugerah dan satu nikmat yg besar dari Allah dengan kita merenung hasil penciptaan kita,daripada apakah kita diciptakan dan siapakah yang menciptakan kita.Hakikatnya kita merupakan MAKHLUK YANG MULIA disisi Allah swt..Sebenarnya,kita merupakan makhluk yg istimewa dan Allah juga telah mengiktiraf kedudukan kita di muka bumi ini.Apabila Nabi Adam a.s itu diciptakan,Allah swt memerintahkan para malaikat dan iblis untuk sujud kepada Nabi Adam a.s sebagai tanda hormat.Sedangkan Nabi Adam juga sama seperti kita diciptakan sebagai manusia.Allah swt juga telah berfirman dalam Surah Taha:16 yg bermaksud,

"Dan ingatlah ketika Kami berkata kepada para malaikat,sujudlah kamu kepada Adam,mereka semua bersujud,kecualai iblis yang membantah"


Lihat,Allah juga telah memerintahkan para Malaikat bersujud kepada kita yakni manusia.Itulah tanda mulia dan istimewanya kita.Dan kita perlu menyedari bahawa kitalah sebaik-baik penciptaan..sebab apa?sebabnya,kita sungguh berbeza dengan makhluk ciptaan Allah yg lain.adakah manusia sama seperti haiwan?tumbuhan?benda? atau sebagainya?tidak,tentu sekali berbeza sama sekali....

Berbalik pula kepada persoalan pokok yang kedua,dari mana kita datang?Oleh itu,mari kita sama -sama menghayati firman-firman Allah swt yang menceritakan tentang kejadian kita:Dalam Surah Al-Mukminun:12,13,14

"Dan sesungguhnya,Kami menciptakan manusia itu daripada saripatiyang berasal daripada tanah"

"Kemudian Kami menjadikannya daripada nutfah(air mani) yang tersimpan di dalam tempat yang kukuh (rahim)"

"Kemudian air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat ,lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikannya segumpal daging,dan daripada segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang,lalu tulang-belulang itu Kami bungkuskan dengan daging,kemudian Kami menjadikannya makhluk yang berbentuk lain.Maha Suci Allah yang merupakan sebaik baik pencipta."

Subhanallah,Maha Kuasanya Allah...tak mamapu kita nak saingi kehebatan dan kekuasaannya.Cuba kita lihat apa yang ada pada diri kita,semuanya lengkap kan?boleh berjalan,bercakap,berfikir,menghitung,melakukan pelbagai perkara dan mempunyai pelbagai perasaan.Hanya dengan penggabungan OVUM DAN SPERMA kita mampu menjadi yang luar biasa.Ajaib bukan?siapakah yang dapat lakukan sedemikian selain Allah?Jadi,inilah hasil dari penciptaan kita sbg manusia dan khalifah di muka bumi Allah..Oleh itu wahai manusia,kita tidak boleh mensia-siakan hidup kita di dunia ini..Adakah kita nak isi umur kita sepnjang hidup kita di dunia ini hanya dgn makan,minum,nak duit,cari kebahagiaan dan sebagainya tanpa langsung kita selitkan hubungan kita dengan RABB,ILLAH kita??

Tidak seharusnya kita mensia-siakn hidup kita selama bertahun-tahun menumpang di muka bumi yang fana ini..kerana,kita akan pulang ke tempat asal dan tempat yg abadi iaitu di akhirat kelak.